BERUAS - Telah
diadakan satu Majlis Penerangan GST dan Demonstrasi Masakan di DOR kg Pulau
Meranti dan kelas PKK Pekan Beruas pada 15.12.2014 dan 16.12.2014 jam 3.00 ptg
Majlis ini diadakan
bertujuan memberi penerangan mengenai Apa itu GST dan barangan yang tidak
dikenakan GST telah ditunjukkan melalui Demonstrasi Masakan tersebut.
Sedikit sebanyak
pemahaman mengenai GST ini dapat diterapkan kepada peserta yang menghadiri
Majlis ini.
Antara barangan yang
tidak dikenakan GST adalah barangan makanan asas seperti beras,
gula, garam, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, daging ternakan, telur
dan lain-lain makanan asas. Kemudahan pekhidmatan asas seperti
bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan(bagi pengguna
domestic), perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan,
pengeluaran passport dan lessen, jual beli dan sewaan rumah kesiaman serta
tanah pertanian juga tidak dikenakan GST.
Dengan adanya GST ini,
ia dapat mengurangkan kos perniagaan di samping menjadikan harga lebih
berpatutan kepada pengguna. Malah GST menjamin ketelusan kerana pengguna akan
mengetahui barangan yang dibeli atau perkhidmatan tertakluk kepada cukai dan
amaun cukai yang perlu dibayar.
Dengan adanya majlis
di ini, diharap peserta lebih memahami dan dengan pelaksanaan GST pada April
2015 yang akan dating, ia dapaat mengatasi pelbagai kelemahan yang terdapat di
dalam sistem percukaian yang sedia ada. Pada masa yang sama, GST merupakan
salah satu langkah terbaik bagi mengukuhkan ekonomi Negara dalam jangka masa
panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan