Adik Nur
Maisarah bangga apabila gurunya menyarungkan jubah dan ketawa riang… Betapa
bangga ibu dan ayahnya melihat anaknya yang akan menerima segulung penghargaan.
Adik Nur
Maisarah merupakan salah seorang dari 122 orang kanak-kanak berumur 6 tahun
yang menerima sijil dalam majlis tersebut.
Penghargaan yang
diberi kepada kanak-kanak berumur 6 tahun ini dibuat sempena meraikan kejayaan
mereka menamatkan sesi persekolahan di Tabika KEMAS Parlimen Beruas dan
kebanyakanya telah berjaya menguasai 4M ( Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul).
Acara dirasmikan oleh En. Ali Hanafiah bin Abu Hassan, Pen. Pengarah Kanan KEMAS Negeri Perak yang hadir ke majlis tersebut. Dalam ucapan, beliau menyeru dan berharap ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka ke kelas Tabika KEMAS kerana KEMAS bukanlah dilabel mewarna semata-mata seperti yang digembar-gemburkan. Ini kerana di dalam kelas Tabika, terdapat pelbagai kurikulum utama yang telah diterapkan iaitu bidang keagamaan yang menekankan 10 Doa Harian dalam kehidupan seharian, subjek Sains & teknologi, kreativiti & estetika, bahasa dan kognitif turut diberi pembelajaran.
Tambahan, pelbagai aktiviti dapat diadakan seperti seperti Hari Potensi yang mana mencungkil bakat kanak-kanak seperti tilawah, hafazan, story telling dan pelbagai lagi. Di samping itu terdapat juga amali dipraktikkan di dalam kelas Tabika seperti amali solat dan berwuduk turut diajar kepada kanak-kanak beragama Islam.
Maka, dengan
belajar di Tabika, ia merupakan satu tiket dan bekalan ilmu untuk persediaan anak-anak ini ke Darjah Satu nanti. Dengan adanya majlis graduasi ini,
diharap ibu bapa dapat menghantar anak-anak mereka ke kelas Tabika dan setiap
ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak mereka dan tidak mengharapkan sepenuhnya
kepada guru sahaja yang mendidik kerana pendidikan segalanya bermula dari rumah
dan dengan adanya kerjasama ini, maka kecemerlangan
terhadap anak-anak mereka dapat dicapai dengan jayanya.