Jutaan terima kasih
yang tidak terhingga dari kami Warga KEMAS Parlimen Beruas serta penduduk Kg
Paya Nibong kepada Ybhg Tuan Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi, Pengarah
KEMAS Negeri Perak atas usaha gigih bagi mendapatkan peruntukan membina
bangunan baru Tabika di Kg Paya Nibong yang telah siap dibina sepenuhnya.
Majlis Menandatangani
penyerahan bangunan baru itu telah disempurnakan pada 19 Januari 2015 yang lalu
dengan penglibatan Pengerusi dan Jawatankuasa Kelas TBK Kg Paya NIbong serta
masyarakat setempat.
Alhamdulillah atas
usaha murni dan berkat kesabaran dan komitmen dari semua pihak semenjak bermula
2014 yang lalu, kini terhasil sebuah bangunan yang mampu memberi keselesaan
kepada kanak-kanak Tabika dalam sesi pembelajaran mereka.
Ibu bapa kanak-kanak
tersebut juga turut menyuarakan rasa bersyukur
dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan prasarana yang baik kepada
anak-anak mereka.
Semoga dengan adanya
bangunan baru ini, “Keselesaan Kanak-Kanak Didahulukan, Pendidikan Kanak-Kanak
Diutamakan”